Armhole vs Cap Sleeve

LUBANG KETIAK vs KEPALA LENGAN


"Sis! kenapa saya punya kepala lengan tak sama panjang dengan lubang ketiak aa??? Bila nak sambung jadi terlebih-lebih plak kadang terkecik dari lubang ketiak pun ada!"


haaa sapa selalu ada masalah macam neh????? ;)


stress kan bila nak jahit masalah macam ni timbul..kalau kepala lengan terbesar tak pa boleh adjust lagi..ni kalau terkecik macam mana?? kena potong kain lain la jawabnya. Buatnya kain cukup-cukup ja yang tinggai??? Fuhhhh tak leh imagine bertapa ketaq nya time tuh!




INI CARA SAYA ye macam mana nak bagi dapat ukuran lubang ketiak dengan kepala lengan yang sama size.




==================


Hari tu saya ada terangkan macam mana nak dapatkan ukuran bahu ke dada iaitu ukuran lubang ketiak baju kita!


kalau ada yang terlepas pandang boleh click sini http://tiny.cc/lubangketiak


baca dan pahamkan


bila kita dah dapat ukuran bahu ke dada kita tuh, tak kisah la kita guna formula mana-mana pun asalkan kita WAJIB tau berapa kah ukuran bahu ke dada kita tuh


Macam dalam gambar saya guna formula DADA / 6 + (kelonggaran)


Contoh : 42 / 6 + 1.5 inci = 8.5 inci (ukuran bahu ke dada)


Jadi bila kita nak lukis pola lengan kita guna formula yang sama jgk utk panjang kepala lengan tuh contoh dalam gambar iaitu panjang B ke C tuh


Tapi kita kena TOLAK 1 inci ! kenapa tolak 1 inci??? sebab kita kira start dari bahu belakang nampak bulatan merah tuh datang dari mana???


Kemudian kita TAMBAH 3/4 inci pulak! yang ni dah kenapa plak? Kita tambah sebab kita kena bagi sama dengan kelonggaran dada kita. Tak kisah berapa banyak kelonggaran dada yang kita letak kita kena bagi sama. Cotoh kita tambah 1/2 inci untuk dada jadi kat bahagian kepala lengan ni pun kita tambah 1/2 inci ye!




So panjang B ke C = 8.5" - 1" + 3/4" = 8.25 inci


&&& benda yang sama jugak pada basi..kalau basi untuk tepi dada kita letak 1 inci kat tepi lengan ni pun kita kena letak 1 inci jugak.


Cuba perhatikan betui-betui..bulatan warna tunjuk untuk bahagian mana.


=========================


Kalau tak faham boleh tengok video di bawah:


CARA LUKIS POLA LENGAN https://youtu.be/ipz_xHtNv3g


CARA LUKIS POLA BADAN https://youtu.be/QYUXQde5fK8


LUKIS POLA https://youtu.be/rT2ck77t8dE




Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Ilmu yg sngt berguna..mohon kebenaran guna ilmu ni ye

    ReplyDelete
  2. thank you for sharing this...really appreciate

    ReplyDelete